SOALAN LAZIM

1. Apakah jenis kain yang digunakan?
T-shirt Roundneck – 100% Cotton atau Tetra Cotton.
Baju Korporat (F1) – Kain Viscose.
Baju Polo – Kain Lacoste/Honeycomb
Baju Dry Fit (jersey) – Kain Microfiber.
2. Berapakah harga setiap produk di dalam laman web ini?
Harga setiap produk adalah bergantung kepada kuantiti tempahan & jumlah warna untuk cetakan (printing) atau sulaman (embroidery) pada design anda. Untuk mendapatkan sebut harga, sebaik-baiknya anda hantarkan terlebih dahulu artwork design serta kuantiti tempahan anda kepada kami
3. Bagaimana untuk mendapatkan harga yang sesuai dengan budget?
Untuk mendapatkan harga yang memenuhi kehendak anda, sila ikuti panduan di bawah.
a) Kuantiti
Anda akan mendapat harga yang berpatutan dengan membuat tempahan dengan kuantiti yang banyak contohnya 50 helai keatas. Ini kerana cas blok cetakan dan sulaman dapat dikurangkan.
*Ingat “Tempah Banyak, Harga Murah”
b) Corak (Design)
Harga cetakan (printing) bergantung kepada bilangan warna yang digunakan. Ini adalah kerana semakin banyak warna, semakin banyak blok di gunakan. Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, kurangkan bilangan warna untuk corak anda. Jangan risau, jika perlu kami juga boleh cadangkan idea untuk mengurangkan penggunaan warna pada design anda.
Harga sulaman (embroidery) bergantung kepada bilangan tempat sulaman. Untuk mendapatkan harga yang lebih murah, kurangkan tempat sulaman.
c) Formula Murah
Tempah dalam kuantiti banyak + kurangkan warna / tempat sulaman = HARGA MURAH
4. Harga sulaman (Embroidery) tidak sama dengan harga cetakan (Silk Screen). Kenapa?
a) Sulaman (Embroidery)
Harga untuk sulam adalah lebih mahal berbanding cetakan kerana kos blok sulam lebih mahal berbanding kos blok cetakan. Sesuai untuk semua jenis kain terutama kain viscose, lacoste dan cotton.
b) Cetakan (Silk Screen)
Harga lebih murah berbanding dengan sulaman kos blok lebih murah berbanding dengan kos blok sulaman. Sesuai untuk kain cotton, tetra cotton dan microfiber.
5. Saya mempunyai design atau rekaan baju yang tiada dalam katalog contohnya seperti baju seragam sekolah atau baju untuk syarikat. Bolehkah saya tempah disini?
Boleh. Jika tempahan atau rekaan baju yang tiada dalam katalog , kami akan jahit baru (custom made) baju mengikut kehendak anda. Tetapi kuantiti minimum untuk t-shirt (custom made) adalah sebanyak 50 helai manakala baju korporat (custom made) adalah sebanyak 30 helai sahaja.
T-shirt custom made adalah kepakaran kami ! Kami ada pelbagai jenis kain yang berkualiti untuk membuat t-shirt custom made. Antara kain yang digunakan :
-  Kain 100% Cotton S/Jersey - 180gsm
-  Kain TC PK - 180gsm
-  Kain Lacoste/CVC/Honeycomb - 200gsm / 220gsm
-  Kain Microfibre Eyelet
-  Kain Mini Microfibre
-  Kain PK Dri Fit Jersey
-  Kain Viscose (Corporate T-Shirt)
6. Boleh tak jika saya nak hantarkan t-shirt saya untuk dicetak sahaja?
Boleh sahaja, tetapi kuantiti minimum adalah sebanyak 30 helai. Harga pula bergantung kepada jumlah warna cetakan anda.
7. Boleh tak jika saya nak beli/borong tshirt sahaja?
Boleh juga. Tempahan perlulah 30 helai dan keatas. Jika ingin dapatkan harga borong (lagi murah), kuantiti tempahan adalah 100 helai dan keatas.
7. Saya berada di luar Selangor (cth : Sabah, Sarawak), bolehkah saya membuat tempahan dan bagaimana pula dengan penghantaran?
Sudah semestinya boleh. Anda boleh membuat tempahan secara online dari seluruh Malaysia dan penghantaran kami akan gunakan perkhidmatan Poslaju/Skynet tetapi kami akan mengenakan caj untuk penghantaran tanpa sebarang keuntungan.
8. Saya tak pandai design baju. Boleh tolong design ke?
Ya. Kami akan design tempahan anda secara PERCUMA jika anda membuat tempahan daripada kami


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

BORANG TEMPAHAN / TANYA HARGA